Misi Akademik MRSM Merbok
PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh telah menerima kunjungan daripada pelajar-pelajar tingkatan 5 MRSM Merbok, Kedah dalam sesi lawatan akademik dan misi akademik ke UiTM Cawangan Pulau Pinang. Lawatan yang telah diadakan pada 6 September 2024 ini telah disertai oleh seramai 37 orang pelajar bersama seorang guru pengiring.
Kehadiran pelawat telah disambut oleh staf Unit Perkhidmatan Pelanggan PTAR UiTMCPP diiringi oleh Puan Suhaiza Hassan selaku ketua Misi Akademik UiTM Cawangan Pulau Pinang dan Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar, Timbalan Ketua Pustakawan PTAR UiTMCPP.
Para pelajar telah dibahagikan kepada dua kumpulan untuk mengikuti lawatan berpandu di sekitar perpustakaan dan taklimat ringkas oleh Encik Mohd Shafarin Saad dan Encik Mohd Saiful Effendy Mohd Shukeri. Selesai lawatan berpandu, pelawat telah diberikan taklimat Jom Masuk UiTM oleh Puan Suhaiza Hassan sebelum disambung dengan taklimat fakulti-fakulti terpilih oleh wakil fakulti yang hadir. Antara yang hadir memberi taklimat ialah Encik Mohd Azuan Tukiar daripada Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (PPKA), Dr Siti Juliana Abu Bakar dan Ir. Ts Dr. Samsul Setumin daripada Pusat Kejuruteraan Elektrik (PPKE), Dr. Vicinisvarri Inderan daripada Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia (PPKK) dan Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Sh Mohd Firdaus Bin Sh Abdul Nasir daripada Pusat Kejuruteraan Mekanikal (PPKM).
Sebelum sesi lawatan ke fakulti, para pelajar telah mengikuti sesi pop kuiz yang dikendalikan oleh Encik Mohd Shafarin Saad dan Encik Mohd Saiful Effendy Mohd Shukeri. Pop kuiz ini berkisar tentang lawatan berpandu yang telah dijalankan sebelum sesi taklimat dijalankan. Para pelawat bergerak ke Pusat Kejuruteraan Mekanikal (PPKM) untuk lawatan ke bengkel jam 12.00 tengah hari.
Comments
Post a Comment