AGM Briged Sukarelawan Perpustakaan Diadakan di PTAR Kampus Permatang Pauh
Briged Sukarelawan Perpustakaan telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pada Jumaat, 11 April 2025, bertempat di Bilik 16 Jam, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Kampus Permatang Pauh. Mesyuarat bermula pada jam 8.30 malam dan dihadiri oleh ahli-ahli briged serta barisan pengurusan kelab.
Mesyuarat dimulakan dengan kata aluan daripada Penasihat Kelab, yang menzahirkan penghargaan kepada barisan Majlis Tertinggi (MT) dan Exco sesi 2024/2025 atas komitmen serta sumbangan mereka sepanjang tempoh perkhidmatan. Beliau turut menggalakkan ahli-ahli agar terus aktif dan komited dalam menyokong aktiviti perpustakaan.
Seterusnya, mesyuarat diteruskan dengan pembubaran rasmi MT dan Exco sesi 2024/2025, sebelum beralih kepada agenda perlantikan MT dan Exco baharu bagi sesi 2025/2026. Pelantikan ini bertujuan memastikan kelangsungan kepimpinan dan perancangan strategik briged bagi sesi akan datang.
Dalam mesyuarat yang sama, pihak pengurusan turut membuat pemakluman cadangan aktiviti dan program bagi semester Mac hingga Ogos 2025, yang merangkumi inisiatif sukarelawan, penglibatan pelajar serta program sokongan kepada perkhidmatan perpustakaan.
Mesyuarat diakhiri dengan agenda hal-hal lain, yang memberi ruang kepada ahli untuk mengemukakan pandangan, cadangan serta penambahbaikan demi memperkukuhkan peranan Briged Sukarelawan Perpustakaan pada masa hadapan.
AGM ini diharapkan dapat menjadi platform penting dalam memperkasakan semangat kesukarelawanan serta memperkukuh kerjasama antara ahli briged dan pihak perpustakaan.


Comments
Post a Comment