Program Madrasah Visit & Exchange of Knowledge 5.0 Anjuran UiTMCPP Terima Penyertaan Pelajar Maahad Riyadhil Quran
Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) melalui kerjasama Jabatan Sains Komputer & Matematik (JSKM), Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan Akademi Pengajian Bahasa (APB) telah menganjurkan Program Madrasah Visit & Exchange of Knowledge 5.0 pada Jumaat, 25 April 2025.
Program ini telah disertai oleh 27 orang pelajar dari Maahad Riyadhil Quran, Sungai Petani, Kedah, bertujuan untuk memberi pendedahan akademik serta perkongsian ilmu dalam pelbagai bidang kepada para pelajar.
Pada sesi pagi, para pelajar mengikuti Sesi Matematik bersama JSKM yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari bertempat di Pusat IT, PTAR UiTMCPP. Sesi ini memberi fokus kepada pengukuhan asas matematik serta penerapan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal.
Penganjuran Program Madrasah Visit & Exchange of Knowledge 5.0 ini diharap dapat mengeratkan hubungan kerjasama antara UiTMCPP dan institusi pendidikan luar serta memberi manfaat berterusan kepada para peserta dalam memperluas pengetahuan dan pengalaman pembelajaran mereka.


Comments
Post a Comment