Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PTAR UiTMCPP 2025M/1446H Meriah

 


Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) telah menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PTAR UiTMCPP 2025M/1446H dengan penuh meriah pada hari Jumaat.

Majlis yang berlangsung dari 11.30 pagi hingga 3.00 petang bertempat di PTAR UiTMCPP ini telah dihadiri oleh warga universiti serta para tetamu jemputan yang bersama-sama memeriahkan sambutan Aidilfitri dalam suasana penuh kemesraan dan keharmonian.

Penganjuran majlis ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga kerja serta mengukuhkan hubungan sesama komuniti UiTM. Pelbagai juadah tradisional Aidilfitri turut disediakan bagi memeriahkan sambutan dan memberi peluang kepada tetamu menikmati hidangan bersama.







Pihak PTAR UiTMCPP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua tetamu yang sudi hadir dan memeriahkan majlis ini. Kehadiran para tetamu amat dihargai dan menjadi penyeri kepada sambutan Aidilfitri pada tahun ini.

#ptarraya2025 #ptaruitmcpp #rumahterbukaaidilfitri2025 #libraryuitm







Comments