Program Eksplorasi Ilmu Bersama Cik Marni Jamil & Sesi Jom Baca Bersama untuk 10 Minit

 


Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menganjurkan Program Eksplorasi Ilmu bersama Cik Marni Jamil yang digabungkan dengan Sesi Jom Baca Bersama untuk 10 Minit pada Rabu, 23 April 2025. Program ini berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 11.15 pagi bertempat di Ruang LCE, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Program ini bertujuan untuk menyemarakkan budaya membaca serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan ilmu dalam kalangan warga universiti. Sesi perkongsian ilmu oleh Cik Marni Jamil telah memberikan pendedahan dan inspirasi kepada para peserta mengenai amalan pembacaan serta kepentingannya dalam pembentukan minda yang berilmu dan berdaya saing.






Program diteruskan dengan Sesi Jom Baca Bersama untuk 10 Minit, selari dengan inisiatif nasional bagi menggalakkan amalan membaca sebagai satu budaya berterusan. Penyertaan aktif daripada warga UiTM jelas menunjukkan sokongan dan komitmen terhadap usaha memupuk minat membaca dalam kehidupan seharian. Diharapkan penganjuran program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menyokong aspirasi UiTM dalam melahirkan warga kampus yang berpengetahuan dan berbudaya ilmu.

Comments