Perjumpaan MT dan Exco Briged Sukarelawan Perpustakaan Bersama Timbalan Ketua Pustakawan
Satu perjumpaan rasmi melibatkan barisan Majlis Tertinggi (MT) dan Exco Kelab Briged Sukarelawan Perpustakaan telah diadakan bersama Timbalan Ketua Pustakawan pada Jumaat, 18 April 2025. Perjumpaan tersebut berlangsung pada jam 5.15 petang bertempat di Bilik Mesyuarat PTAR, Kampus Permatang Pauh.
Perjumpaan ini bertujuan memperkenalkan barisan kepimpinan baharu kelab serta mengeratkan hubungan kerjasama antara Briged Sukarelawan Perpustakaan dan pihak pengurusan PTAR. Selain itu, sesi perbincangan turut memberi ruang kepada MT dan Exco untuk berkongsi hala tuju, perancangan aktiviti serta peranan briged dalam menyokong perkhidmatan dan program perpustakaan.
Perjumpaan ini diakhiri dengan sesi perbincangan dua hala yang membina serta pertukaran pandangan bagi memastikan pelaksanaan aktiviti briged dapat berjalan dengan lebih teratur dan berimpak tinggi pada masa hadapan.
#brigedsukarelawanperpustakaan #ptaruitmcpp #excokelab


Comments
Post a Comment