Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod dan Arkib Bersama Unit Hal Ehwal Islam UiTMCPP
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Pulau Pinang telah mengadakan Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod dan Arkib bersama Unit Hal Ehwal Islam, UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh.
Sesi libat urus ini merupakan satu sesi perjumpaan dan perundingan bersama kumpulan sasar iaitu Pusat Tanggungjawab Jabatan (PTJ) UiTM Cawangan Pulau Pinang, bertujuan meningkatkan kefahaman berkaitan pengurusan rekod dan arkib universiti. Dalam sesi ini, satu taklimat ringkas mengenai proses pelupusan rekod yang betul telah disampaikan kepada pihak PTJ.
Fokus utama sesi libat urus kali ini adalah berkaitan tatacara permohonan pelupusan rekod, termasuk keperluan dokumentasi, pematuhan kepada prosedur yang ditetapkan serta kepentingan pengurusan rekod yang sistematik dan teratur.
Program ini telah berlangsung pada 29 April 2025 (Selasa) bermula jam 9.00 pagi bertempat di Unit Hal Ehwal Islam, UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh. Sesi ini diharap dapat membantu PTJ memahami proses pelupusan rekod dengan lebih jelas serta memperkukuh kerjasama antara PTAR dan PTJ dalam pengurusan rekod dan arkib universiti.


Comments
Post a Comment