Lawatan Akademik dari SMK Tun Fatimah Hashim ke PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang



PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menerima Lawatan Akademik daripada SMK Tun Fatimah Hashim pada 12 September 2025 (Jumaat) bermula pada jam 9.00 pagi bertempat di sekitar PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang. Lawatan tersebut telah disertai oleh seramai 76 orang pelajar bersama 8 orang guru pengiring.

Sepanjang lawatan berlangsung, para pelajar telah dibahagikan kepada tiga kumpulan dan dibawa melawat sekitar Perpustakaan sambil diberikan taklimat ringkas berkaitan perkhidmatan serta kemudahan yang disediakan di Perpustakaan. Para pelajar kemudiannya telah dibawa melawat Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Pengurusan Perniagaan dan Jabatan Sains Gunaan UiTMCPP sebelum kembali ke Perpustakaan bagi menyaksikan pertandingan robotik yang telah berlangsung di LCE PTAR UiTMCPP.













Comments