Lawatan Penandaarasan PTAR UiTM Cawangan Perak ke PTAR UiTMCPP

 


Lawatan penandaarasan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Perak ke Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh telah berjaya dilaksanakan.

Lawatan ini telah berlangsung pada 4 September 2025 (Khamis) dari jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari bertempat di sekitar PTAR UiTMCPP, melibatkan seramai 31 orang staf yang diketuai oleh Puan Siti Basriyah Shaik Baharudin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Perak.

Sepanjang lawatan, para pelawat telah diberikan taklimat ringkas oleh Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar, Ketua Perpustakaan Cawangan PTAR UiTMCPP, sebelum dibawa melawat kemudahan serta persekitaran Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Pulau Pinang.













Comments