Lawatan Akademik pelajar Kolej Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Lipis, Pahang ke Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Pulau Pinang sempena Program Misi Akademik ke Pengajian Kejuruteraan Mekanikal.

 


PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menerima Lawatan Akademik daripada pelajar Kolej Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Lipis, Pahang pada 24 September 2025 (Rabu) bermula jam 9.15 pagi hingga 10.15 pagi, sempena Program Misi Akademik ke Pengajian Kejuruteraan Mekanikal. Lawatan tersebut telah disertai oleh seramai 30 orang pelajar bersama 4 orang guru pengiring.

Sesi lawatan dimulakan dengan penggambaran beramai-ramai di hadapan PTAR UiTMCPP sebelum para pelawat dibawa ke Aras 3 Perpustakaan untuk mengikuti taklimat ringkas mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Perpustakaan kepada semua pengguna. Taklimat berkenaan telah dikendalikan oleh Encik Mohd Shafarin Saad dan Encik Mohd Saiful Effendy Mohd Shukeri daripada Unit Perkhidmatan Perpustakaan PTAR UiTMCPP.

Lawatan diakhiri dengan sesi kuiz berkaitan taklimat yang telah disampaikan sebelum para pelajar dibawa melawat makmal-makmal Kejuruteraan Mekanikal diiringi oleh Puan Suhaiza Hasan, pengendali Program Misi Akademik.












Comments