Program Speed Reading Bersama Pelajar MRSM Kepala Batas

 


PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menganjurkan Program Speed Reading bersama pelajar-pelajar Tingkatan 1 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kepala Batas, Pulau Pinang pada 30 September 2025 (Selasa) bermula jam 8.40 pagi hingga 10.30 pagi bertempat di Surau MRSM Kepala Batas. Program tersebut telah disertai oleh seramai 110 orang pelajar dan dikendalikan oleh Puan Farleen Azrina Zamberi bersama 15 orang fasilitator.

Sesi program dimulakan dengan pengenalan tentang bacaan pantas oleh Puan Farleen Azrina Zamberi sebelum para pelajar dibahagikan kepada lapan kumpulan bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang bersama fasilitator. Program berkenaan telah diakhiri dengan sesi penggambaran beramai-ramai.









Comments