Program Telaah: Bicara Buku Bersama Penulis




Program Telaah: Bicara Buku Bersama Penulis telah berjaya dilaksanakan pada 3 September 2025 (Rabu) dari 10.00 pagi hingga 11.30 pagi bertempat di Ruang LCE, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang serta disiarkan secara langsung melalui YouTube PTAR UiTMCPP.

Program ini mengupas buku Sejarah Malaysia: Wacana Kedaulatan Bangsa, Kenegaraan dan Kemerdekaan (ISBN: 9789838619103) karya Abdul Rahman Haji Ismail dan Prof. Madya Dr. Azmi Arifin, dengan Prof. Madya Dr. Azmi Arifin sebagai panel wacana.

Perbincangan menekankan isu sejarah identiti bangsa, institusi beraja, kolonialisme, perjuangan kemerdekaan dan pembinaan negara bangsa Malaysia. Program ini merumuskan bahawa sejarah perlu dihayati secara mendalam bagi menyemai semangat patriotisme.

Program ini telah dikemudikan oleh Dr. Muhammad ‘Arif Aizat Bashir, manakala penyampaian cenderahati telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar, Ketua Perpustakaan Cawangan PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang. Panel turut menyumbangkan sebuah buku kepada koleksi PTAR dan melawat pameran anjuran Unit Arkib Universiti.







Uploading: 114625 of 1733293 bytes uploaded.




Comments