Taklimat Sistem PERMATA dan Mandeley
PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang telah melaksanakan Taklimat Sistem PERMATA dan Mendeley pada 11 September 2025 (Khamis) bertempat di Pusat IT, PTAR UiTMCPP. Program tersebut telah berlangsung dari jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari dan telah disertai oleh seramai 20 orang pensyarah daripada Jabatan Sains Gunaan, UiTMCPP. Taklimat berkenaan telah dikendalikan oleh Encik Nurulizwan Amir, Timbalan Ketua Pustakawan (KUP) (M), selaku fasilitator yang bertanggungjawab menyampaikan pengisian program.


Comments
Post a Comment