KARNIVAL PTAR 2025: MERIAH DENGAN ILMU, KREATIVITI DAN KOMUNITI
Pulau Pinang, 11–13 November 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menganjurkan Karnival PTAR 2025, program tahunan yang memupuk minat membaca, kreativiti dan penglibatan komuniti di kalangan pelajar, staf dan pengunjung.
Karnival yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang setiap hari menampilkan pelbagai aktiviti interaktif termasuk derma darah, permainan Nintendo SWITCH dan Retro Arcade, sesi Telaah: Bicara Buku, Reruai Bijak Urus Wang, Jualan Rahmah, Wacana Warga, Reruai Buku & Inspirasi, serta aktiviti DIY Little Sakura.
Program ini berjaya memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan memperkukuh semangat komuniti melalui gabungan ilmu, kreativiti serta aktiviti sosial. Karnival ini turut menekankan kepentingan budaya membaca dan penglibatan aktif warga kampus.


Comments
Post a Comment