BICARA BUKU PTAR: BONGKAR RAHSIA MENGUASAI AI
Pulau Pinang, 11 November 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh telah menganjurkan program Bicara Buku Bersama Penulis sempena Karnival PTAR 2025.
Program kali ini menampilkan buku bertajuk “Kuasai Prompt Seni Memimpin AI untuk Pelajar IPT” dengan panel Ts. Dr. Suhailah binti Mohamed Noor. Program yang diadakan secara dalam talian melalui YouTube PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang pada jam 9.00 pagi memberi peluang kepada warga kampus untuk mengikuti perkongsian penulis mengenai cara berfikir dan berkomunikasi dengan lebih pintar menggunakan teknologi AI.
Sesi Bicara Buku ini bertujuan memperluas pemahaman pelajar tentang AI dan memberikan panduan praktikal untuk menguasai penggunaan AI secara efektif dalam konteks akademik dan pembelajaran. Aktiviti ini juga merupakan sebahagian daripada usaha PTAR dalam menggalakkan budaya membaca serta pembelajaran interaktif di kalangan warga kampus.


Comments
Post a Comment