PUBLISH WITH IMPACT: ACADEMIC WRITING WORKSHOP 2025 DI PTAR UiTMCPP


Pulau Pinang, 20 November 2025 – Akademi Pengajian Bahasa (APB) dengan kerjasama PJIM&A, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang, dan Bon View Publishing, Singapura telah menganjurkan bengkel Publish with Impact: Academic Writing Workshop 2025 secara hybrid (fizikal dan Google Meet) bertempat di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Pulau Pinang.




Bengkel ini memberi pendedahan kepada peserta tentang teknik penulisan akademik berimpak tinggi, struktur manuskrip berkesan, etika dan proses penerbitan antarabangsa, selain latihan reviewer, panduan penghantaran jurnal serta peluang jaringan bersama editor dan penyelidik. Program ini bertujuan memperkasa kualiti penulisan ilmiah warga akademik dan meningkatkan visibiliti penyelidikan ke peringkat global.

Dalam sesi yang sama, telah berlangsung Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UiTM dan Bon View Publishing, menandakan komitmen bersama dalam merancakkan kerjasama penyelidikan, pemindahan ilmu, dan peluasan peluang penerbitan untuk para sarjana UiTM di platform antarabangsa.

Bengkel dan MoU ini diharap dapat memberi impak positif terhadap pembangunan akademik dan penyelidikan berkualiti tinggi di UiTM Cawangan Pulau Pinang.


Comments