LAWATAN PENILAIAN AKREDITASI PENUH PROGRAM DIPLOMA KEJURURAWATAN OLEH MQA DAN LJM

 

Bertam, 26 November 2025 – Perpustakaan UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Bertam telah menerima Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh Program Diploma Kejururawatan yang dijalankan oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan Lembaga Jururawat Malaysia (LJM).

Lawatan ini diketuai oleh Puan Kalivanio a/p Poongawanam, bersama Puan Nurfateha Abdullah dan Encik Muhamad Aiman Zuhaidi, bertujuan menilai kemudahan perpustakaan serta sokongan pembelajaran yang disediakan kepada pelajar program berkenaan.







Sepanjang sesi penilaian, semua pertanyaan panel telah dijawab dengan baik dan pihak panel mengesahkan bahawa kemudahan perpustakaan adalah mencukupi, selesa serta memenuhi keperluan pembelajaran pelajar.

Pihak Perpustakaan merakamkan penghargaan kepada panel penilai atas maklum balas positif yang diberikan, sekali gus membantu memperkukuh kualiti perkhidmatan perpustakaan dan menyokong persekitaran pembelajaran kondusif di UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Bertam.

Comments