PROGRAM LITERASI KEWANGAN: “SIMPAN BAIK-BAIK BERSAMA KWSP” DI PTAR UiTMCPP

 

Pulau Pinang, 4–6 November 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Pulau Pinang menganjurkan Program Literasi Kewangan: “Simpan Baik-Baik Bersama KWSP”, satu pameran interaktif yang bertujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pelajar tentang pengurusan kewangan bijak serta kepentingan menyimpan untuk masa depan.

Program yang berlangsung selama tiga hari ini menampilkan pelbagai aktiviti menarik termasuk reruai interaktif KWSP dan agensi, sesi ceramah khas bertajuk “FYP: ICAN and KWSP”, gerai jualan Stailo Event dan Young Entrepreneur Summit (YES 3.0), serta pelbagai aktiviti interaktif lain. Para peserta turut berpeluang menerima goodies eksklusif sepanjang program.

Penganjuran program ini terbuka kepada semua warga kampus dan bertujuan memupuk budaya literasi kewangan serta memberi pendedahan praktikal kepada pelajar untuk merancang kewangan dan kehidupan secara lebih sistematik. Aktiviti ini selaras dengan usaha PTAR UiTMCPP dalam menyokong pembangunan pengetahuan, kemahiran dan kebajikan pelajar melalui program interaktif yang berinformasi.



Comments