“THE HELMIS” KEMBALI DENGAN KISAH PENUH INSPIRASI DI UiTMCPP

 

Pulau Pinang, 4 November 2025 – Duo inspiratif The HELMIS kembali berkongsi pengalaman luar biasa mereka dalam Misi Kemanusiaan Pelayaran Global Sumud Flotilla melalui program Majlis Bersamamu, Palestin yang berlangsung di Ruang Parkir, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh pada jam 8.30 malam.

Dalam sesi perkongsian mereka, The HELMIS menekankan bahawa perjuangan sebenar tidak semestinya di medan perang, tetapi bermula daripada hati yang ikhlas untuk membantu dan menyebarkan rahmah. Mereka turut menyatakan bahawa kekuatan sebenar muncul apabila terus memberi walau diuji.

Program ini bertujuan menyemai semangat kemanusiaan dan kepedulian dalam kalangan warga kampus serta masyarakat, selain memberi inspirasi kepada peserta untuk mengambil bahagian dalam usaha kebajikan dan amal. The HELMIS juga dikenali kerana sering dijemput ke pelbagai program rasmi kerajaan, NGO dan universiti untuk berkongsi pengalaman mereka yang penuh motivasi dan pengajaran.

Majlis ini mendapat sambutan hangat daripada pelajar dan warga kampus, sekaligus menjadikannya platform berharga untuk mendalami erti perjuangan dan kemanusiaan secara interaktif dan berinformasi.

Comments