28 April 2026 – Program Bicara Buku Bersama Penulis telah berjaya dilaksanakan secara hybrid di PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh serta melalui siaran langsung di YouTube PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif bersama PTAR dan Akademi Pengajian Bahasa (APB) sempena Karnival PTAR 2026.
Sesi pada kali ini menampilkan penulis Liza Nur yang membincangkan karya beliau bertajuk Bawah Payung Awan. Perkongsian beliau memberi tumpuan kepada inspirasi karya serta mesej yang ingin disampaikan kepada pembaca.
Secara keseluruhan, program ini berjaya mencapai objektif dalam memperkasa budaya ilmu, menggalakkan pembacaan kritis serta merapatkan hubungan antara penulis dan pembaca melalui perkongsian yang bermakna.



Comments
Post a Comment