Synergy Beyond Borders: The UiTM–Temasek Knowledge Alliance


 Pada 12 Mei 2026, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menjadi lokasi berlangsungnya program Synergy Beyond Borders: The UiTM–Temasek Knowledge Alliance yang melibatkan kunjungan seramai 70 orang pelajar dan 6 orang pensyarah dari Temasek Polytechnic, Singapura bersama para pelajar Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan (FPHP) UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Program anjuran UiTM Global UiTM Cawangan Pulau Pinang dan Jabatan Pengurusan Perniagaan, Perakaunan dan Undang-Undang (JPPPUU) dengan kerjasama PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang ini bertujuan memperkukuh hubungan akademik serta pertukaran budaya antara kedua-dua institusi.
Antara aktiviti menarik yang dijalankan ialah penghasilan video kreatif bertemakan persahabatan, budaya dan pengalaman kampus yang memberi peluang kepada para peserta untuk berkolaborasi, berkongsi idea dan membina jaringan antarabangsa dalam suasana yang santai dan interaktif.
Program ini turut menerima respon yang sangat positif daripada para pensyarah dan pelajar kedua-dua institusi, sekali gus membuka ruang kepada lebih banyak kolaborasi pada masa akan datang.

Comments