Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

NEWS & ACTIVITIES

Always stay in-the-know with PTAR News Hub

Program Speed Reading Kolej Peninsula Georgetown


Pada 26 Jun 2024, satu sesi Program Speed Reading anjuran Perpustakaan Francis Light, Kolej Peninsula Georgetown tela diadakan.

Sesi yang berlangsung selama 2 jam ini telah dikendalikan oleh Puan Farleen Azrina binti Zamberi dan dibantu oleh 2 orang fasilitator iaitu Puan Nur Azriena binti Yusuf dan Puan Noor Sapiza binti Tajuddin.
Program ini telah disertai seramai 15 orang yang terdiri daripada pelajar dan staf Kolej Peninsula Georgetown.

Objektif utama program ini adalah untuk berkongsi teknik berkesan bacaan pantas untuk diaplikasikan di dalam proses pembelajaran serta pengajaran. Sesi tamat pada jam 11.00 pagi.





 

Program Literasi Maklumat bersama Pelajar TVET


Bersempena dengan Program Khidmat Masyarakat Kolaboratif TVET Jom Masuk UiTM : A day in UiTMCPP 2024, yang telah diadakan pada 4 Jun 2024 di UiTM Cawangan Pulau Pinang, satu sesi Program Literasi Maklumat bersama Pelajar TVET : Speed Reading telah diadakan untuk para pelajar yang menyertai program khidmat masyarakat ini.

Seramai 185 orang peserta telah menghadiri sesi Speed Reading yang dikelolakan oleh Puan Farleen Azrina Zamberi, Pustakawan Kanan PTAR UiTMCPP dibantu oleh Puan Nur Azriena Yusuf dan Puan Noor Sapiza Tajuddin selaku fasilitator Speed Reading.

Para peserta telah diberikan penerangan tentang apa itu bacaan pantas dan bagaimana bacaan pantas ini dapat membantu pembaca membaca lebih pantas tanpa mengurangkan kefahaman terhadap teks atau isi kandungan bahan yang dibaca. Sebelum sesi berakhir, para peserta juga berpeluang menguji tahap kepantasan bacaan masing-masing melalui latihan yang diberikan.





Ekspo Selangkah ke UiTM 2024

Pada 1 dan 2 Jun 2024 yang lepas, satu Ekspo Selangkah ke UiTM telah diadakan di Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Pulau Pinang. 

Ekspo ini diadakan bagi memberi ruang kepada lepasan SPM untuk mengetahui secara keseluruhan program yang bersesuaian dengan kelayakan dan minat mereka. Sepanjang ekspo berlangsung, pensyarah dan staf yang terlibat telah memberi penerangan terperinci tentang program-program pilihan calon. Antara pusat pengajian yang turut serta dalam ekspo kali ini ialah Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik, Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan, Fakulti Sains Kesihatan dan Fakulti Farmasi. Sepanjang ekspo berlangsung, Rektor UiTM Pulau Pinang, Profesor Ir. Dr. Haji Ahmad Rashidy Razali turut bersama dan beramah mesra dengan pengunjung ekspo yang hadir.




Lawatan ke PBAKL bertemu pembekal dan My5G Portal di TRX



Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang berlangsung dari 24 Mei 2024 hingga 2 Jun 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang tidak ketinggalan menghantar wakil ke pesta buku kali ke-41 itu. 

Wakil PTAR UiTMCPP diketuai oleh Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar, Timbalan Ketua Pustakawan bersama 3 orang Pustakawan Kanan, 3 orang Pembantu Pustakawan Kanan dan seorang Pembantu Pustakawan. Objektif utama lawatan yang diadakan pada 29 Mei 2024 selama 2 hari 1 malam ini adalah untuk bertemu dengan beberapa orang wakil pembekal buku selain membuat lawatan ke reruai-reruai yang terdapat di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dan lawatan ke My5G Portal.

Antara reruai pembekal buku yang telah dilawati adalah Refined Contour Sdn. Bhd., EDU Resources Sdn. Bhd., Areesh Education & Trading, Ashe Enterprise dan Aliran Ilmu Resources. Selain membuat lawatan ke reruai pembekal dan beramah mesra, wakil pembekal dan Puan Farleen Azrina Zamberi selaku wakil Unit Sumber Rujukan Universiti sempat berbincang tentang pesanan yang telah dibuat dan beberapa perkara yang berkaitan tentang pesanan dan pembelian bahan.

Lawatan diteruskan ke My5G Portal yang terletak di Menara 106, Tun Razak Exchange (TRX). Di My5G Portal, rombongan PTAR UiTMCPP telah diberikan penerangan tentang pusat pengalaman 5G yang terbesar di negara dengan kerjasama Ericsson yang diwujudkan bagi meningkatkan kesedaran dan memacu penerapan teknologi selular tanpa wayar generasi kelima. Antara lainnya, peserta diterangkan tentang penggunaan 5G untuk aplikasi perusahaan dan industri, penggunaan aplikasi di rumah dan komuniti. 

Menariknya sesi lawatan ini turut menerangkan tentang manuskrip al-Quran versi AR yang dibangunkan hasil usahasama Universiti Malaysia Terengganu, Digital Nasional Berhad dan Ericsson. Versi AR ini membolehkan pengguna melihat isi kandungan al-Quran yang ditulis tangan secara digital bagi memelihara manuskrip ini. Selain itu, peserta juga diberikan pendedahan tentang sejarah perkembangan teknologi komunikasi bermula daripada 1G hingga 5G (internet for everything) dan bagaimana 5G yang berkelajuan tinggi, sangat berguna untuk memuat turun filem definisi tinggi dalam 3 saat, teknologi VR, AR, dan simpanan atas talian "cloud storage" yang menghubungkan kehidupan masa depan dengan lebih lancar.


Festival Hari Muzium Antarabangsa 2024


21 Mei 2024, Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang - Festival Hari Muzium Antarabangsa 2024 telah diadakan di Dewan Sri Pinang, Padang Kota, Pulau Pinang dari 13 hingga 22 Mei 2024. Unit Arkib UiTMCPP telah mengambil peluang untuk berkunjung ke festival ini yang bertemakan Muzium untuk Pendidikan dan Penyelidikan pada 21 Mei 2024. 

Terdapat reruai pameran dan aktiviti menarik daripada lebih kurang 40 Muzium dari seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia seperti Lembaga Muzium Negeri dari serata Malaysia, Jabatan Muzium Malaysia, Muzium Nelayan Tanjung Balau, Muzium Penjara Malaysia, Malay Heritage Centre (Singapore), Indonesian Museum Association (AMI) Kalimantan dan pelbagai agensi lagi. 

Sepanjang festival berlangsung, pelbagai pengisian telah diatur seperti seminar, bengkel, pameran serta program-program komuniti untuk pengunjung-pengunjung yang hadir termasuk persembahan kebudayaan tradisional seperti wayang kulit, dikir barat, boria, ghazal parti, tarian ronggeng, tarian piring dan lain-lain lagi.

Seramai 5 orang staf PTAR UiTMCPP yang terdiri daripada staf Unit Arkib UiTMCPP diketuai oleh Puan Farleen Azrina Zamberi selaku ketua Unit Arkib UiTMCPP telah hadir menyertai festival ini. Lawatan ke festival ini memberi banyak maklumat mengenai warisan sejarah dan budaya negara yang tidak seharusnya dilupakan oleh masyarakat masa kini.




News Categories

Get news according to their categories


activity 32 Akademi Pengajian Bahasa 2 Alumni 1 APB 2 Apple Malaysia 2 Apple Technology 1 Arkib Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang 1 Bacaan Pantas 1 banjir 1 Bench Marking 4 bengkel 4 bengkel asas penulisan kreatif 1 berita 11 Bicara Ilmu 1 Boling 1 Briefing 1 brigedsukarelawanperpustakaan 1 Buku Motivasi 1 Canva 1 Ceramah 2 Ceramah Israk Mikraj 1 chatgpt 1 Citra Merdeka PTAR 1 CSR 1 dah digital? 2 deklamasi sajak 1 Derma darah 1 Digital exhibition 8 digital penang 3 digitallibraryreferencedesk 1 Ekspo Keusahawanan 1 ExploREAD 1 Fakulti 4 Festival Hari Muzium Antarabangsa 1 FKK 3 Galeri Melayu Pulau Pinang 1 Glamping 1 hands on 3 hari raya 1 Healing 1 HMP PTAR 2017 2 HMP PTAR 2018 1 InDeLiB 1 Inforace 1 Interim 1 Internship 1 Israk Mikraj 1 Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara 1 jom baca buku bersama 10 minit 3 Jom Pinjam Buku 6 Jom Sihat@PTAR 2023 1 JPK 1 JSG 1 kelabperpustakaan 1 kelas digital percuma 2 Kelas literasi 4 KKM 3 Kolaborasi 1 Kolej Peninsula Georgetown 1 Kunjungan Hormat 1 KV Kulim 1 Language 1 Larian Amal 1 Lawatan 34 Lawatan kerja 2 library open day 3 Library outreach 4 LibraryUiTM 5 libraryuitmpenang 37 Live@PTAR 7 make over 3 mangsa banjir 1 MDS 3 Meet and Greet 2 Melaka 2 Membaca 5 misi iqra' 3 mission 8 mobilelibrary 1 MPP 1 My Favourite Read 3 My5G Portal 1 Naib Canselor UiTM 1 New arrivals 1 OCLC WorlCat Discovery 1 online guide 1 Open Mic 1 Pameran Buku Bertema 2 pameranarkib 1 PBAKL 2024 1 Pejabat Bendahari 1 pelajar baru 4 Pelajar Interim 2 pelajar praktikal 1 pelawat 14 pelawat luar 3 Pembekal Buku 1 Pembimbing Rakan Sebaya 2 PEMENANG 1 Pengarang 1 Perjumpaan 1 Pesta Buku Antarabangsa 1 Physio Massage 1 PJIA&M 3 Program 3 Program Engineering 101 1 Program Galakan 1 Program Galakan Membaca 6 Program Kerjasama 10 Program LCE 1 Program Luar 3 Program motivasi diri 1 Program Santai 3E 2 Projek Keceriaan 3 Projek PTAR UiTMCPP 1 PSKK 2 PTAR 44 PTAR 10K Fun Walk 1 PTAR Activity 2 PTAR fun day 2 PTAR UiTMCPP 30 ptarbuddies 1 ptaruitmcpp 4 Read@UiTM 3 Read@UNI 7 Resonance of Liberation:Save Palestine 1 Ruang LCE 2 Rumah Ngaji 1 Sahabat Surau 1 Sambutan Bulan Kemerdekaan 1 santai 9 Santai Catur@PTAR 1 Sekolah 1 Selangkah ke UiTM 2024 1 self taught 2 Seminar Pemikiran P. Ramlee. PTAR UiTMCPP 1 Senamrobik 1 Sesi Santai Bersama Rektor 1 Sharing 1 Sistem WILS 1 SMK Bakti 1 SMK Tajar 1 SMK Tinggi Bukit Mertajam 1 Sparkle Through Speech 3.0 1 Speed Reading 4 staf PTAR 38 Student 10 Sukan 2 Sumbangan buku 1 Surah Al Jumu'ah 1 Switch 1 Switch Apple 2 Tadabbur 1 taklimat 17 Taklimat EDU 5.0 1 taklimat perpustakaan 2 Taman Serai Wangi Fasa 1 1 tamat latihan 1 team building 3 team work 12 TVET 1 UHEI UiTMCPP 3 UiTMCPP 7 ulasan buku 1 Unit Arkib 4 Unit Kerjaya dan Kaunseling 1 Unit perkhidmatan maklumat 1 Unlock Your Voice 2 Ustaz Manis 1 video 2 weekend 1 World #QuranHour 3 YAWATIM 1

PTARPP – TELEGRAM

PTARPP - FACEBOOK

LATEST ARTICLES