Program Literasi Maklumat bersama Pelajar TVET


Bersempena dengan Program Khidmat Masyarakat Kolaboratif TVET Jom Masuk UiTM : A day in UiTMCPP 2024, yang telah diadakan pada 4 Jun 2024 di UiTM Cawangan Pulau Pinang, satu sesi Program Literasi Maklumat bersama Pelajar TVET : Speed Reading telah diadakan untuk para pelajar yang menyertai program khidmat masyarakat ini.

Seramai 185 orang peserta telah menghadiri sesi Speed Reading yang dikelolakan oleh Puan Farleen Azrina Zamberi, Pustakawan Kanan PTAR UiTMCPP dibantu oleh Puan Nur Azriena Yusuf dan Puan Noor Sapiza Tajuddin selaku fasilitator Speed Reading.

Para peserta telah diberikan penerangan tentang apa itu bacaan pantas dan bagaimana bacaan pantas ini dapat membantu pembaca membaca lebih pantas tanpa mengurangkan kefahaman terhadap teks atau isi kandungan bahan yang dibaca. Sebelum sesi berakhir, para peserta juga berpeluang menguji tahap kepantasan bacaan masing-masing melalui latihan yang diberikan.





Comments