Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod dan Arkib bersama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP)
Unit Arkib Cawangan Pulau Pinang telah mengadakan Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod dan Arkib bersama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTMCPP pada 13 Jun 2024 (Khamis).
Sesi libat urus yang dikendalikan oleh Puan Farleen Azrina Zamberi, Pustakawan Kanan ini adalah untuk mendedahkan kepada warga Universiti berkenaan cara pengendalian rekod dan fail serta memberi khidmat nasihat tentang pengurusan fail dan rekod kepada staf HEP UiTMCPP.
Comments
Post a Comment