Lawatan dari delegasi Faculty of Vocational and Engineering, Universitas Pendidikan Ganesha, Indonesia

Pada 12 Jun 2024, satu rombongan yang terdiri daripada para pensyarah daripada Faculty of Vocational and Engineering, Universitas Pendidikan Ganesha, Indonesia telah mengadakan lawatan ringkas ke PTAR UiTMCPP. Rombongan delegasi ini telah disambut dan diberikan taklimat ringkas tentang perkhidmatan dan kemudahan yang ada di perpustakaan oleh Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar, Timbalan Ketua Pustakawan PTAR UiTMCPP dan Cik Nor Azilawati Mohamad Azmi, Pustakawan Kanan Unit Perkhidmatan Pelanggan. Antara lain, delegasi telah diberikan penerangan tentang kemudahan Open Access Discovery.

Delegasi seramai 9 orang ini termasuk Made Riki, Liaison Officer of Office of International Affairs, Dr. Dra. Risa Panti Ariani, Pensyarah Pengurusan Pelancongan, Dr. Luh Masdarini, Pensyarah Pengurusan Seni Kulinari, Dr. Ni wayan Sukerti, Pensyarah Pengurusan Seni Kulinari, Dr. Cokorda Istri Raka Marsiti, Pensyarah Pengurusan Seni Kulinari, Dr. Made Diah Angendari, Pensyarah Fesyen, Dr. Putu Agus Mayuni, Pensyarah Fesyen, Dr. Dra. I Dewa Ayu Made Budhyani, Pensyarah Fesyen, Dr. Ida Ayu Putu  Hemy Akayani, Pensyarah Pengurusan Seni Kulinari dan Dra. Damiati, Pensyarah Pengurusan Seni Kulinari. Delegasi pensyarah ini turut disertai oleh Dr. Siti Khadijah Abdullah daripada Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan , UiTM Cawangan Pulau Pinang.



Comments