Sesi Meet & Greet PTAR UiTMCPP Bersama Pengajian Kejuruteraan Mekanikal

 


Menyambung sesi "Meet & Greet PTAR" bagi tahun 2024 adalah pertemuan bersama Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal pada 21 Jun 2024. Sesi kali ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal bermula jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi.

Sesi yang dihadiri oleh seramai 15 orang pensyarah Pengajian Kejuruteraan Mekanikal ini diketuai oleh Ts. Ir. Dr. SH Mohd Firdaus bin SH Abdul Nasir, Ketua Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal. Selain daripada sesi perkenalan dan pengenalan tentang kemudahan dan perkhidmatan PTAR UiTMCPP, para pensyarah juga berkesempatan untuk mengajukan pertanyaan berkenaan pelbagai kemusykilan termasuk tentang EQPS, MyKM, dan perolehan bahan.






Comments