Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod dan Arkib bersama PTAR UiTMCPP
Pada 6 Jun 2024, satu sesi Libat Urus Pengurusan Rekod dan Arkib bersama PTAR UiTMCPP telah diadakan di Pusat IT, PTAR UiTMCPP. Sesi ini melibatkan peserta-peserta yang terdiri daripada staf perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Kampus Permatang Pauh.
Taklimat telah disampaikan oleh Puan Farleen Azrina Zamberi, Pustakawan Kanan PTAR UiTMCPP. Antara topik yang telah dikongsi ialah tentang fungsi Unit Arkib, aktiviti yang dijalankan oleh Unit Arkib, kaedah pemusnahan rekod dan perlantikan pengurus rekod di jabatan.
Comments
Post a Comment