Sesi Meet & Greet PTAR UiTMCPP Bersama Pengajian Kejuruteraan Kimia

 


Satu sesi "Meet & Greet PTAR" telah diadakan pada 14 Jun 2024 bersama pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia. Sesi ini telah diadakan di Pusat IT, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang selama dua jam.

Sepanjang sesi berlangsung, para pensyarah telah didedahkan dengan maklumat-maklumat tentang peranan setiap unit yang ada di perpustakaan dan kemudahan-kemudahan yang boleh diakses dan digunakan untuk keperluan sesi pengajaran dan pembelajaran. 

Taklimat telah disampaikan oleh Pustakawan-pustakawan Kanan PTAR UiTMCPP, Cik Nor Azilawati Mohamad Azmi, Encik Nurulizwan Amir dan Puan Farleen Azrina Zamberi. Turut hadir memberi taklimat ialah Tuan Haji Ahmad Faizar selaku Timbalan Ketua Pustakawan PTAR UiTMCPP.

Pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia diwakilli oleh Dr. Nur Husna Mohamad Nor, Dr. Hamizura Hassan dan Norain Isa. 










Comments