Festival Hari Muzium Antarabangsa 2024


21 Mei 2024, Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang - Festival Hari Muzium Antarabangsa 2024 telah diadakan di Dewan Sri Pinang, Padang Kota, Pulau Pinang dari 13 hingga 22 Mei 2024. Unit Arkib UiTMCPP telah mengambil peluang untuk berkunjung ke festival ini yang bertemakan Muzium untuk Pendidikan dan Penyelidikan pada 21 Mei 2024. 

Terdapat reruai pameran dan aktiviti menarik daripada lebih kurang 40 Muzium dari seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia seperti Lembaga Muzium Negeri dari serata Malaysia, Jabatan Muzium Malaysia, Muzium Nelayan Tanjung Balau, Muzium Penjara Malaysia, Malay Heritage Centre (Singapore), Indonesian Museum Association (AMI) Kalimantan dan pelbagai agensi lagi. 

Sepanjang festival berlangsung, pelbagai pengisian telah diatur seperti seminar, bengkel, pameran serta program-program komuniti untuk pengunjung-pengunjung yang hadir termasuk persembahan kebudayaan tradisional seperti wayang kulit, dikir barat, boria, ghazal parti, tarian ronggeng, tarian piring dan lain-lain lagi.

Seramai 5 orang staf PTAR UiTMCPP yang terdiri daripada staf Unit Arkib UiTMCPP diketuai oleh Puan Farleen Azrina Zamberi selaku ketua Unit Arkib UiTMCPP telah hadir menyertai festival ini. Lawatan ke festival ini memberi banyak maklumat mengenai warisan sejarah dan budaya negara yang tidak seharusnya dilupakan oleh masyarakat masa kini.




Comments