1 STAF 1 PERKONGSIAN ILMU
"1 STAF 1 PERKONGSIAN ILMU"
Tarikh: 12 Jun 2026
Masa: 8.30 Pagi
Tempat: Ruang LCE, PTAR UiTMCPP Kampus Permatang Pauh
Selaras dengan Amanat Ketua Pustakawan 2026 di bawah Fokus Pembudayaan Ilmu, pihak perpustakaan telah mengadakan Sesi Perkongsian Ilmu secara berkala bagi memberi ruang kepada semua staf berkongsi pengetahuan, pengalaman dan kepakaran masing-masing. Untuk minggu pertama, Puan Farleen Azrina Zamberi telah berkongsi buku bacaan kegemaran beliau iaitu Ibu, Kita Kuat. Melalui sesi tersebut, staf perpustakaan berpeluang memahami nilai ketabahan, pengorbanan dan kasih sayang yang menjadi tema utama buku berkenaan. Inisiatif seperti ini diharapkan dapat terus menyemarakkan budaya ilmu dan memperkukuhkan semangat pembelajaran berterusan dalam kalangan warga perpustakaan.



Comments
Post a Comment