PAMERAN PROJEK KOMUNITI PELAJAR SULAM PKA 2026
Program Pameran Projek Komuniti Pelajar SULAM PKA 2026: Community Stewardship for the Future of Masjid Jamek Sama Gagah telah berlangsung dengan jayanya pada 24 Jun 2026 anjuran Pengajian Kejuruteraan Awam dengan kerjasama Masjid Jamek Sama Gagah dan PTAR Kampus Permatang Pauh.
Pameran ini menjadi platform kepada para pelajar untuk membentangkan hasil projek komuniti yang dibangunkan bagi mencadangkan penambahbaikan kepada Masjid Jamek Sama Gagah. Antara projek yang dipamerkan ialah Green Roof System, selain pelbagai cadangan inovatif lain yang memberi penekanan kepada aspek kelestarian, keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan komuniti masjid.
Melalui pelaksanaan projek SULAM ini, pelajar berpeluang mengaplikasikan ilmu kejuruteraan dalam situasi sebenar sambil memupuk semangat kesukarelawanan, empati serta tanggungjawab sosial terhadap masyarakat. Program ini turut memperkukuhkan kemahiran insaniah seperti komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan, di samping mengeratkan kerjasama antara universiti, komuniti dan agensi luar dalam menangani isu-isu teknikal, sosial dan alam sekitar.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar, pensyarah serta pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif berimpak tinggi demi pembangunan komuniti yang mampan.



Comments
Post a Comment