KARNIVAL LINDUNGI KERJAYA MYFUTUREJOBS
19 Mei 2026 – Karnival Lindungi Kerjaya MyFutureJobs anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Pulau Pinang, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Pulau Pinang dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama UiTM Cawangan Pulau Pinang telah berlangsung dengan jayanya di PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh.
Karnival ini telah menghimpunkan 13 majikan daripada pelbagai sektor industri yang menawarkan lebih 70 jenis jawatan kosong sekali gus membuka peluang kerjaya yang lebih luas kepada graduan dan masyarakat setempat.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg.Profesor Dato’ Ir. Dr. Haji Ahmad Rashidy bin Razali, Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Penganjuran program ini diharapkan dapat menjadi platform yang berkesan dalam menghubungkan pencari kerja dengan majikan serta menyokong usaha meningkatkan kebolehpasaran graduan dan peluang pekerjaan di negeri ini.



Comments
Post a Comment