PROGRAM SPEED READING PTAR KAMPUS PERMATANG PAUH
Pada 21 Mei 2026 (Khamis), PTAR Kampus Permatang Pauh telah menganjurkan Program Speed Reading bertempat di LCE, PTAR sempena Program Eksplorasi Pengajian & Kerjaya UiTM. Seramai 120 orang pelajar Tingkatan 5 daripada tiga buah sekolah iaitu SMK Permatang Tok Jaya, SMK Selama dan SMK Serdang Baru telah menyertai program tersebut.
Melalui program ini, para peserta telah diberi pendedahan mengenai konsep bacaan pantas serta teknik membaca secara pantas dengan kaedah yang betul dan berkesan. Program ini bertujuan memperkasakan teknik pembacaan pantas secara sistematik, di samping meningkatkan tahap kefahaman serta kemahiran berfikir secara strategik dalam kalangan peserta.
Semoga program seperti ini terus memberi manfaat dalam membudayakan pembacaan berkualiti serta memperkukuh kemahiran pembelajaran sepanjang hayat.



Comments
Post a Comment