PROGRAM EKSPLORASI PENGAJIAN DAN KERJAYA SIRI II
PROGRAM EKSPLORASI PENGAJIAN DAN KERJAYA SIRI II
16 Jun 2026
PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang
10 pagi
Seramai 60 orang pelajar Tingkatan 5 dari SMK Teluk Bahang telah menyertai Program Eksplorasi Laluan Kerjaya dan Pendidikan Tinggi 2026 yang bertujuan memberi pendedahan awal mengenai peluang melanjutkan pengajian serta hala tuju kerjaya selepas tamat persekolahan.
Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Koordinator Misi Akademik, Dr Azizah Ahmad dan diikuti sesi taklimat mengenai laluan pengajian di UiTM serta program Pra-Diploma yang ditawarkan.
Para peserta turut berpeluang mengikuti lawatan sekitar kampus termasuk Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), asrama pelajar, gimnasium dan fasiliti Hospitaliti bagi memberi gambaran sebenar kehidupan serta pengalaman pembelajaran di universiti.
Semoga program ini dapat menjadi inspirasi dan pemangkin kepada para pelajar dalam merancang masa depan akademik dan kerjaya dengan lebih yakin dan terarah.



Comments
Post a Comment