Program Bacaan Pantas Bersama PTAR Tarik Perhatian Warga UiTM
Pada 14 Mei 2026 (Khamis), PTAR, UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh telah menganjurkan program Bacaan Pantas Bersama PTAR di Library Community Engagement.
Program ini bertujuan memperkenalkan teknik membaca pantas dan berkesan bagi membantu peserta meningkatkan kelajuan bacaan tanpa menjejaskan tahap kefahaman. Melalui penguasaan tekniktersebut, peserta dapat memahami kandungan dengan lebih efektif, mengekalkan maklumat dengan lebih baik serta memanfaatkan masa pembelajaran dan penyediaan tugasan akademik secara lebih optimum.
Program yang terbuka kepada semua warga UiTM ini mendapat sambutan menggalakkan daripada pelajar dan staf yang berminat untuk meningkatkan kemahiran membaca serta memperkasa budaya ilmu.



Comments
Post a Comment