BENGKEL PENULISAN : INTEGRATING AI WRITING IN PAPER PUBLICATION

 



Bengkel Penulisan “Integrating AI Writing in Paper Publication” anjuran Pusat Pengajian Siswazah dengan kerjasama PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang telah diadakan pada 31 Julai hingga 1 Ogos 2025, bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Ruang LCE, PTAR UiTMCPP. Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman peserta tentang penggunaan teknologi AI dalam penulisan artikel ilmiah, memberi latihan praktikal mengenai kaedah integrasi alat AI dalam proses penulisan dan penyuntingan, serta mempercepat dan mempertingkat kualiti penulisan untuk tujuan penerbitan jurnal. Selain itu, bengkel ini turut bertujuan meningkatkan kebolehterbitan manuskrip dalam jurnal berindeks melalui penulisan yang lebih efektif serta memberi pendedahan kepada peserta mengenai peranan perpustakaan dalam menyokong penulisan akademik melalui pengaksesan sumber digital terkini dan pangkalan data berimpak tinggi yang disediakan oleh perpustakaan. Secara keseluruhan, bengkel ini telah menyediakan platform yang komprehensif bagi peserta untuk meningkatkan kemahiran penulisan akademik mereka selaras dengan keperluan penerbitan jurnal berindeks.


Comments