TAKLIMAT LATIHAN INDUSTRI KEPADA PELAJAR-PELAJAR PRAKTIKAL PTAR UiTMCPP KAMPUS BERTAM

 


Taklimat Latihan Industri kepada pelajar-pelajar praktikal PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam telah dilaksanakan pada 20 Ogos 2025, hari Rabu, bermula jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang. Program ini telah berlangsung di Unit Sumber Rujukan Universiti dan Unit Arkib Universiti, PTAR UiTMCPP, dan melibatkan seramai empat orang pelajar praktikal daripada UiTM Cawangan Kedah.

Sepanjang taklimat berlangsung, para pelajar praktikal telah diberikan penerangan serta tunjuk ajar berkaitan proses kerja di unit-unit yang terlibat dalam aktiviti pembelian dan pemprosesan buku. Mereka turut didedahkan kepada proses kerja penjilidan buku-buku rosak sebagai pendedahan awal terhadap pengurusan bahan perpustakaan. Pada akhir sesi, para pelajar praktikal telah mengikuti taklimat ringkas berkaitan perkhidmatan Perpustakaan Digital yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar, Timbalan Ketua Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang.









Comments