TELA'AH: RESENSI BUKU

 

Program Tela’ah: Resensi Buku telah dianjurkan pada 15 Ogos 2025 (Jumaat) bermula jam 9.00 pagi dan disiarkan secara langsung melalui saluran YouTube PTAR UiTMCPP. Program ini telah menampilkan barisan panel yang berkongsi pandangan, pengalaman serta inspirasi berdasarkan bahan bacaan pilihan mereka, sekali gus menggalakkan budaya membaca dan perbincangan ilmiah dalam kalangan warga UiTM dan masyarakat umum.

Sesi ini telah dikemudikan oleh Encik Mohd Saiful Effendy Mohd Shukeri, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang. Wacana pertama telah disampaikan oleh Puan Shahirah Khairudin, Penolong Akauntan Kanan dari Pejabat Bendahari, UiTM Cawangan Pulau Pinang, manakala wacana kedua telah disampaikan oleh Puan Suhaiza Hasan, Pensyarah Kanan dari Jabatan Sains Gunaan, UiTM Cawangan Pulau Pinang. Program ini turut menawarkan jam latihan kepada warga UiTM sebagai nilai tambah kepada para peserta yang mengikuti siaran tersebut.


Comments