PERJUMPAAN BERSAMA PERPUSTAKAAN DESA PERMATANG PAUH, SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG.
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh telah mengadakan perjumpaan bersama Perpustakaan Desa Permatang Pauh, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang pada 26 Ogos 2025, hari Selasa, dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Perjumpaan tersebut telah berlangsung di Perpustakaan Desa Permatang Pauh.
Perjumpaan ini diadakan bagi membincangkan cadangan kerjasama strategik dalam penganjuran program berteraskan ilmu serta pelaksanaan aktiviti komuniti yang bertujuan untuk memperkukuh budaya membaca dan memperkasakan peranan perpustakaan sebagai pusat rujukan serta pembelajaran sepanjang hayat. Diharapkan jalinan kerjasama ini dapat memberikan manfaat kepada masyarakat setempat dan seterusnya menyemarakkan pembudayaan ilmu.


Comments
Post a Comment