PROGRAM PELAJAR SAINS & KEMAHIRAN ARAS TINGGI 2.0 (PSMArT 2.0) : SPEED READING
Sesi Speed Reading oleh PTAR UiTMCPP sempena Program Pelajar Sains & Kemahiran Aras Tinggi 2.0 (PSMArT 2.0) anjuran SIG Human Capital, Innovation and Social Engagement (SIG-HCISE)/RIG Talent Development and Innovation (TtDI), Universiti Teknologi MARA UiTM Cawangan Pulau Pinang dengan kerjasama Bahagian Penyelaras Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (ICU), Jabatan Perdana Menteri di bawah Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang dan Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Pulau Pinang telah diadakan pada 9 Ogos 2025 (Sabtu) bermula jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang bertempat di Ruang LCE, PTAR UiTMCPP.
Program ini melibatkan penyertaan pelajar Bumiputera dari sekolah-sekolah terpilih di Negeri Pulau Pinang dan dijalankan bagi mendedahkan para pelajar kepada teknik membaca pantas yang boleh dipraktikkan dalam sesi pembelajaran di sekolah. Sesi perkongsian ilmu ini telah disampaikan oleh Puan Farleen Azrina Zamberi, Pustakawan Kanan, yang dibantu oleh Puan Nur Azriena Yusuf, Pembantu Pustakawan Kanan, dan Puan Noor Sapiza Tajuddin, Pembantu Pustakawan PTAR UiTMCPP, bagi memastikan program berjalan dengan lancar dan berkesan.


Comments
Post a Comment