SESI MEET N GREET PTAR UiTMCPP BERSAMA FAKULTI FARMASI
Sesi Meet and Greet PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang bersama Fakulti Farmasi telah diadakan pada 27 Ogos 2025, hari Rabu, bertempat di Pusat IT PTAR Bertam dan bermula pada jam 2.30 petang. Sesi ini telah disertai oleh seramai 13 orang peserta yang terdiri daripada wakil Fakulti Farmasi termasuk Koordinator Program serta pegawai dan kakitangan yang terlibat.
Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar selaku Ketua Perpustakaan Cawangan UiTM Cawangan Pulau Pinang, yang turut berkongsi maklumat berhubung inisiatif perpustakaan dalam memperkukuh kolaborasi bersama fakulti serta meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada warga universiti.


Comments
Post a Comment