SPT CHESS CHAMPIONSHIP ANJURAN PTAR UITM CAWANGAN PULAU PINANG

 


SPT Chess Championship anjuran PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang telah diadakan pada 2 Ogos 2025 (Sabtu) bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang bertempat di Ruang LCE, PTAR UiTMCPP. Pertandingan ini telah disertai oleh seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah dan komuniti setempat sekitar Seberang Perai, Pulau Pinang, serta pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang. Program ini bertujuan untuk memupuk minat dalam sukan catur, mengasah kemahiran strategi dan pemikiran kritis peserta serta menggalakkan interaksi positif antara pelajar dan komuniti setempat.


Comments