DOUBLE DART TOURNAMENT ANJURAN PTAR UiTM CAWANGAN PULAU PINANG DAN BRIGED SUKARELAWAN PERPUSTAKAAN
Double Dart Tournament anjuran PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang dengan kerjasama Briged Sukarelawan Perpustakaan telah diadakan pada 24 Mei 2025, hari Sabtu, bermula jam 8.30 pagi bertempat di Ruang LCE, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang, dengan penyertaan sebanyak 95 pasukan yang terdiri daripada warga UiTM serta organisasi dan wakil dari dalam dan luar Pulau Pinang. Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Encik Mohd Yazed bin Abd Razak, Timbalan Pendaftar Kanan UiTM Cawangan Pulau Pinang, bersama Encik Muhamad Ismail bin Mohd Ali, Pengurus Dart Defender Club UiTMCPP. Dart Defender Club UiTMCPP merupakan wakil acara dart Karista 2025 yang dijadualkan berlangsung di Perlis. Dua pasukan daripada UiTM Cawangan Pulau Pinang telah berjaya memenangi Silver Plate, iaitu Encik Hussin Khan daripada Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan (FPHP) bersama Encik Muhamad Hafiz daripada Unit Kokurikulum, serta Puan Azlina dan Puan Nor Shawani daripada Bahagian Pentadbiran.


Comments
Post a Comment