EKSPO SELANGKAH KE UiTM

 


Ekspo Selangkah ke UiTM telah berjaya dianjurkan pada 17 dan 18 Mei 2025 (Sabtu dan Ahad) bermula dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Ruang LCE, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Pulau Pinang. Penganjuran ekspo ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar dan pengunjung mengenai peluang melanjutkan pengajian di UiTM serta memperkenalkan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti dan sesi penerangan telah dijalankan bagi membantu pengunjung mendapatkan maklumat berkaitan kemasukan, program pengajian, serta peranan perpustakaan sebagai pusat sokongan pembelajaran dan sumber maklumat akademik.












Comments