LAWATAN AKADEMIK PELAJAR TINGKATAN 5 SMK BANDAR BARU PERDA SEMPENA SERVICE LEARNING MALAYSIA UNIVERSITY FOR SOCIETY (SULAM PROJECT) – ELECTRICAL ENGINEERING IN SOCIETY
Lawatan Akademik Pelajar Tingkatan 5 SMK Bandar Baru Perda sempena Service Learning Malaysia University for Society (SULAM Project) – Electrical Engineering in Society telah berjaya dilaksanakan pada 27 Mei 2025 (Selasa) dari jam 12.30 tengah hari hingga 1.45 petang bertempat di sekitar PTAR UiTMCPP. Program ini melibatkan seramai 54 orang pelajar Tingkatan 5 dan bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai suasana pembelajaran di institusi pengajian tinggi, khususnya di UiTM, di samping meningkatkan kefahaman mereka terhadap peranan dan aplikasi bidang kejuruteraan elektrik dalam kehidupan seharian serta masyarakat. Melalui lawatan ini, para pelajar turut berpeluang mengenali kemudahan yang disediakan di PTAR UiTMCPP serta mendapat pengalaman pembelajaran bermakna selaras dengan objektif pelaksanaan projek SULAM.


Comments
Post a Comment