PROGRAM MEET & GREET PTAR BERSAMA FAKULTI PENGURUSAN HOTEL DAN PELANCONGAN UiTMCPP
Program Meet & Greet PTAR bersama Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan UiTMCPP telah berlangsung dengan jayanya pada hari Jumaat, 23 Mei 2025, bermula jam 3.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di Pusat IT, PTAR UiTMCPP, dengan tujuan memperkukuh hubungan serta kerjasama antara pihak Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan fakulti. Program ini telah dikendalikan oleh Encik Nurulizwan Amir, Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP), yang telah menyampaikan pelbagai maklumat penting kepada para pensyarah yang hadir, khususnya berkaitan pengenalan dan fungsi sistem baharu PERMATA serta penerangan menyeluruh mengenai perkhidmatan, kemudahan dan sokongan yang ditawarkan oleh pihak Perpustakaan kepada warga akademik.


Comments
Post a Comment