LAWATAN AKADEMIK KE PENANG ISLAMIC DIGITAL LIBRARY (PIDL) DAN PENANG DIGITAL LIBRARY

 


Lawatan akademik ke Penang Islamic Digital Library (PIDL) dan Penang Digital Library telah diadakan pada 19 Mei 2025, hari Isnin, dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Program ini telah dijalankan dengan tujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai perkembangan teknologi maklumat dalam bidang perpustakaan serta memperkukuh kefahaman tentang konsep perpustakaan digital Islam dan perpustakaan moden. Sepanjang lawatan tersebut, para peserta telah berpeluang melawat Penang Islamic Digital Library untuk memahami koleksi digital berasaskan ilmu Islam, seterusnya meneruskan kunjungan ke Penang Digital Library bagi meninjau kemudahan, sistem pengurusan, dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada masyarakat. Selain itu, peserta juga telah dibawa ke kedai buku terpakai di Pasar Chowrasta untuk meninjau budaya pembacaan masyarakat setempat serta kepelbagaian bahan bacaan yang dijual. 















Comments