SESI LIBAT URUS PENGURUSAN REKOD DAN ARKIB BERSAMA PTJ
Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod dan Arkib Bersama PTJ telah diadakan oleh PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh pada 13 Mei 2025 (Selasa) jam 9.00 pagi bertempat di PTAR UiTMCPP. Sesi ini merupakan perjumpaan dan perundingan bersama kumpulan sasar, iaitu Pusat Tanggungjawab Jabatan (PTJ) UiTM Cawangan Pulau Pinang, yang bertujuan memberi pendedahan berkaitan pengurusan rekod serta proses pelupusan rekod yang betul. Fokus utama sesi libat urus ini adalah kepada tatacara permohonan pelupusan rekod selaras dengan garis panduan dan prosedur yang ditetapkan.


Comments
Post a Comment