MIND MATTERS : LEPASKAN, JANGAN SIMPAN ANJURAN UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING DENGAN KERJASAMA AKRAB, BPSM DAN PTAR UITMCPP

 


Program Mind Matters: Lepaskan, Jangan Simpan anjuran Unit Psikologi dan Kaunseling dengan kerjasama AKRAB, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) serta PTAR UiTMCPP telah berjaya dilaksanakan pada 29 Mei 2025 (Khamis) bermula jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang bertempat di Ruang LCE, PTAR UiTMCPP. Program ini telah disertai oleh seramai 42 orang staf Pentadbiran dan Akademik UiTMCPP dan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta kefahaman berkaitan kesejahteraan mental, pengurusan emosi dan kepentingan menjaga kesihatan psikologi di tempat kerja. Melalui pelaksanaan program ini, para peserta telah diberikan pendedahan serta ruang perkongsian yang bermanfaat dalam usaha mewujudkan persekitaran kerja yang lebih sihat, seimbang dan menyokong kesejahteraan warga UiTMCPP secara menyeluruh.




Comments