PROGRAM MEET & GREET PTAR BERSAMA PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK (PKE) UiTM CAWANGAN PULAU PINANG
Program Meet & Greet PTAR bersama Pengajian Kejuruteraan Elektrik (PKE) UiTM Cawangan Pulau Pinang telah diadakan pada 15 Mei 2025 (Khamis) dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Cenderawasih, PKE UiTM Cawangan Pulau Pinang. Program ini telah dikendalikan oleh Encik Nurulizwan Amir, Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP) bersama pasukan beliau. Antara maklumat yang telah dikongsikan kepada para pensyarah yang hadir termasuk pengenalan kepada Sistem baharu PERMATA, perkhidmatan yang disediakan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), serta tatacara pembelian buku bagi kegunaan akademik.


Comments
Post a Comment